Wednesday 5 September 2012

Louisiana Mungkin Ditelan Bumi!


Lubang jerlus yang tiba-tiba muncul di daerah Assumption Parish sejak 3 August lalu semakin membesar sehingga 50ka dalam beberapa minit. Penduduk sekitar mula menyedari sesuatu yang ganjil berlaku apabila permukaan air mengeluarkan buih. Di sesetengah tempat kawasan berpaya ia kelihatan seperti air mengegelegak. 

Pihak polis telah menasihatkan penduduk yang berdekatan supaya berpindah. Sheriff Mike Waguespack mengatakan pihaknya bimbang kerana lubang jerlus tersebut semakin menghampiri kubah bawah tanah mengandungi 1.5 juta tong cecair butane, cecair yang amat tidak stabil yang menghasilkan letupan bila terdapat percikan api dan bertindak balas dengan udara. Gangguan terhadap kubah bawah tanah tersebut akan menimbulkan bencana yang tidak dapat dibayangkan.

Apakah akibat dari letupan 1.5 juta cecair butane? Hasil dari kiraan tenaga yang boleh dihasilkan oleh 1.5 juta ialah menyamai 5.8 TRILLION BTUs!

Sebagai bandingan letupan bom atom Hiroshima adalah 60 billion BTUs, iaitu kira-kira 100 kali ganda letupan Hiroshima!

Unit conversion;

1 gallon = 103,000 Btu – HHV *
1 gallon = 108.7 megajoules – HHV *
1 gallon = 93,000 Btu – LHV *
1 gallon = 98.1 megajoules – LHV *
1 barrel = 4,326,000 Btu – HHV *
1 barrel = 4,564 megajoules – HHV *
1 barrel = 3,906,000 Btu — LHV *
1 barrel = 4,121 megajoules – LHV *
1 liter = 27,213 Btu – HHV *
1 liter = 28.7 megajoules – HHV *
1 liter = 24,571 Btu – LHV *
1 liter = 25.9 megajoules – LHV *

Kubah garam  di Louisiana merupakan sebahagian dari rangkaian gua garam bawah tanah yang terbentuk sejak zaman purba lagi. Sebahagian besarnya mempunyai kedalaman melebihi 10,000 ka kedalam bumi. Kubah garam tersebut digunakan sebagai tempat penyimpanan gas petroleum asli melalui kaedah membina lohong didalam garam tersebut. Penduduk menyalahkan syarikat-syarikat petroleum yang beroperasi menggunakan kubah garam tersebut kerana gagal membuat langkah kawalan yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment

Belajar Quran